Harga Vitamin C Forever Living

Harga Vitamin C Forever Living

Sesuai digunakan pada seluruh muka untuk menanggalkan segala kotoran, daki dan mekap.

Gel mandian yang melegakan, untuk menyegarkan anda kembali. Lidah Buaya membantu melegakan kulit anda sementara campuran herba membantu menenangkan kulit yang tertekan.Manakala silika menyuburkan kulit untuk mengekalkan kelembutannya.

Sesuai untuk seluruh badan dan muka dengan pH 4.3-4.7. Ideal bagi kulit yang sensitif. Boleh dipakai seisi keluarga.

Harga:  RM 65.72 termasuk gst

Langkah 2: Mengimbang & Melembapkan

Semburan pertolongan cemas yang dirumus dengan lidah buaya dan herba. Ia membantu melegakan kesakitan, melembapkan kulit serta mempercepatkan proses penyembuhan. Dirumuskan dengan asas Aloe Vera mantap, ia mengandungi propolis lebah, alantoin dan 11 jenis ekstrak tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kulit. Ia mempunyai pH yang seimbang dan adalah sesuai untuk mereka dengan kulit yang sensitif.

Kegunaan:

Mengimbangkan pH kulit, membantu dalam pemulihan parut dan cela kulit, meningkatkan rintangan kulit dan mengurangkan kesensitifan kulit. Juga sesuai untuk bayi/ kanak-kanak beruam.

Harga: RM 76.32 termasuk gst

************************************************************************

Rehydrating Toner

Rehydrating Toner menggabungkan lidah buaya dengan pelbagai ekstrak tumbuhan, pelembap, kolagen dan alantoin untuk menghasilkan satu rumusan yang lembut. Setelah membuang segala kotoran dari liang-liang roma dan permukaan kulit, liang-liang roma perlu ditutup semula. Rehydrating Toner melembap dan melegakan kulit sambil mengembalikan kenormalan liang-liang roma. Ia adalah tanpa alkohol dan tanpa kesan pengeringan, dan boleh menanggalkan sisa minyak dan kotoran sambil menyegarkan kulit.

Mengetatkan liang roma, memutihkan dan mengembalikan kolagen kulit.

Harga:  RM 69.96 termasuk gst

************************************************************************

Gel sapuan yang melegakan dan tidak berminyak ini adalah berguna untuk melincirkan tisu-tisu sensitif. Ia adalah berguna sebagai rawatan untuk melegakan masalah kulit seperti luka ringan, lecur dan keadaan kesensitifan kulit yang lain. Ia juga boleh membantu melagakan rasa gatal, lebam, radang dan sakit serta membantu memerangi jangkitan. Diperbuat daripada gel Aloe Vera mantap, Aloe Vera Gelly yang pada asasnya sama dengan kandungan daun Aloe Vera, adalah merupakan gel lutcahaya yang kaya dengan humektan dan pelembap. Ia dapat membantu melembapkan kulit. Ia mudah diserap dan adalah sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit berminyak. Lebih berkesan jika disapukan pada kulit yang dibersihkan dahulu.

Baik sebagai pupur muka serbaguna yang melembapkan, membantu mengembalikan kolagen kulit dan mengekalkan lembapan kulit.

Harga:  RM 59.36 termasuk gst

****************************************************************************************

Forever Epiblanc

Dirumus untuk membantu mencerahkan kulit, menjadikan warna kulit sekata dan menguruangkan bintik-bintik hitam, ia adalah diperbuat daripada Aloe Vera yang diperkuatkan dengan ekstrak botani semulajadi termasuk ekstrak Arbutin dan Rumex Occidentalis, serta lain-lain nutrien yang menguatkan kulit. Forever Epiblanc amat berkesan apabila disapukan terus ke atas kecacatan atau bintik-bintik hitam di kulit, pada waktu pagi dan malam.

Mencerahkan kulit, memudarkan pigmen hitam, jeragat serta bintik-bintik hitam/parut jerawat. Membantu mengekalkan keserian sel kulit supaya kelihatan muda.

Harga:  RM 103.88 termasuk gst

*****************************************************************************************

Pembersihan liang roma yang mendalam dimaksimumkan dengan gabungan gel Aloe Vera, manik-manik halus jojoba dan bahan-bahan pelembap ini. Ia cukup lembut untuk kegunaan harian dan sesuai digunakan pada muka dan bahagian-bahagian tubuh yang lain. Ia membantu menanggalkan sel-sel permukaan yang pudar dan tidak bermaya, membuka liang-liang roma dan menggalakkan proses pembaharuan kulit untuk mendedahkan kulit 'baru' yang sihat. Jojoba juga membantu melincirkan kulit anda untuk melindunginya daripada kekeringan dan kerosakan.

Membantu menanggalkan sel-sel kulit mati yang memudarkan, justeru itu memberi kesan memutihkan kulit. Sesuai digunakan pada seluruh badan juga.

Harga:  RM 65.72 termasuk gst

*****************************************************************************************

Forever Marine Mask

Dicipta untuk membantu mengatasi kerosakan akibat bahan cemar dan keadaan persekitaran yang lain. Forever Marine Mask ialah rumusan istimewa gel Aloe Vera yang diadunkan bersama tumbuhan laut, madu, ekstrak timun dan nutrien-nutrien lain yang mencantikkan kulit. Ia amat sesuai untuk kulit yang menunjukkan tanda-tanda penuaan pra-matang (penyahidratan, kendur, kedut dan pudar) dan perlu dipermudakan. Ia membantu menegang, menghidrat dan melembutkan kulit anda.

Mencerah kulit dan menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan pigmen hitam, mengentalkan kulit dan juga mengurangkan penuaan kulit pra-matang. Sesuai digunakan pada seluruh badan juga.

Harga:  RM 93.28 termasuk gst

************************************************************************

Exfoliating Cleanser dirumuskan dengan ramuan hipoallergenik untuk menghasilkan sejenis losen yang lembut, tidak berminyak serta pH dan lembapan seimbang. Ia adalah tidak merengsakan dan hanya beberapa titis sahaja sudah mencukupi untuk menanggalkan mekap dengan sepenuhnya. Ia juga menolong mengelupas dengan lembut, kulit mati yang kelihatan pudar untuk mendedahkan lapisan kulit baru di bawahnya.

Membersih secara mendalam untuk menanggalkan mekap, kotoran dan sel-sel kulit mati.


Harga:  RM 93.28 termasuk gst

************************************************************************

Facial Contour Mask Powder

Facial Contour Mask Powder merupakan satu kombinasi unik bahan-bahan yang dipilih khas untuk keupayaan mereka membersihkan liang roma dan merapi kulit. Ia digunakan bersama dengan Aloe Activator untuk membersihkan liang roma secara mendalam serta merangsangkan penjanaan semula kulit muka. Ia menegangkan kulit muka, menguatkan otot-otot muka serta melicinkan kulit. Ia juga menarik keluar dan menyerap minyak muka yang berlebihan.

Kegunaan:

Membersihkan liang-liang roma, membantu menanggalkan bintik hitam dan putih (black-head & white-head), mengetatkan kulit, memutih dan mengurangkan kedutan kulit daripada kelihatan. Sesuai digunakan pada seluruh badan juga.

Harga:  RM 107.80 termasuk gst

************************************************************************

Aloe Activator

Aloe Activator ialah cecair pembersih dan pelembap eksklusif yang diperbuat daripada Aloe Vera tulen dan alantoin. Aloe Activator mengandungi enzim, asid amino dan polisakarida. Ia boleh membantu merangsangkan peredaran darah kepada sel-sel kulit. Ia membantu menyuburkan kulit dan memulihkan kulit yang rosak. Aloe Activator adalah digunakan bersama Facial Contour Mask Powder.

Untuk digunakan bersama dengan Facial Contour Mask Powder untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru.

Harga:  RM 69.96 termasuk gst

************************************************************************

Firming Foundation Lotion

Dirumus khas untuk digunakan dalam Regim Kecantikan Forever, ia adalah kaya dengan emolien serta vitamin A, C dan E. Ia menguat dan memperbaiki tekstur kulit serta mengetatkan liang-liang roma disamping melembapkannya. Ia membantu menyediakan asas mekap yang lebih licin untuk kegunaan siang hari. Kandungannya yang kaya dengan ramuan berfaedah juga membantu menapis cahaya ultra ungu dan menyuburkan kulit.

Digunakan sebagai asas mekap untuk melindungi kulit daripada persekitaran yang kasar dengan faktor perlindungan sinaran matahari SPF 15.

Harga:  RM 88.00 termasuk gst

************************************************************************


Aloe Liquid Soap

Pembersih tangan dan muka yang mewah, pH seimbang dan melembapkan. Aloe Liquid Soap adalah satu rumusan lembut yang tidak memedihkan mata. Ia melembapkan kulit sambil membersih kotoran. Pembersih yang berkesan ini menjadikan kulit anda bersih, halus dan lembut. Sesuai juga digunakan pada bayi/kanak-kanak.

Rumusan lembut dengan pH 5.5-7.

Harga:  RM 68.20 termasuk gst

************************************************************************

Aloe Moisturizing Lotion

Dirumuskan untuk kulit yang kering dengan ramuan seperti alantoin, kolagen terlarutkan, elastin, minyak jojoba dan minyak isirung aprikot yang ditambahkan kepada asas Aloe Vera kami. Satu losen yang menyubur, melembap dan memperbaiki, Aloe Moisturizing Lotion adalah sesuai digunakan pada muka dan badan. Ia juga boleh digunakan sebagai asas bagi mekap.

Diformulasi khas untuk kulit kering, ia amat sesuai untuk menenang dan melembapkan kulit muka dan badan.

Harga:  RM 59.36 trmasuk gst

************************************************************************

Aloe Heat Lotion

Aloe Heat Lotion adalah minyak urut yang diperkuatkan dengan kebaikan Aloe Vera. Sejenis losen emolien jenis minyak-dalam-air yang mengandungi bahan-bahan pemanas dalam asas Aloe Vera, ia adalah sesuai untuk melegakan sakit dan ketegangan otot. Baik digunakan untuk sakit-sakit sendi dan sengal-sengal otot.

Harga:  RM 59.36 termasuk gst

************************************************************************

Ramai di antara kita sering lupa bahawa bibir kita juga memerlukan pelembapan serta penjagaan. Pengabaian serta alam sekitar boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah. Aloe Vera, minyak jojoba, lilin lebah dan alantoin digabungkan untuk mencipta Aloe Lips, satu produk bibir yang sesuai digunakan untuk semua musim. Produk ini boleh membantu melegakan, melembapkan dan menyembuhkan bibir anda, tidak kira dalam rumah atau di luar, semasa cuaca panas atau sejuk. Ia melindungi bibir daripada matahari, angin dan penyahidratan. Sapukan sahaja pada bibir apabila perlu.

Melega, melindungi dan melembapkan bibir anda.

Harga:  RM 15.26 termasuk gst

************************************************************************

Forever Bright Toothgel

Mengandungi lidah buaya distabilkan, propolis lebah dan klorofil, rumusan yang tidak melelaskan ini berkesan untuk menghapuskan bakteria penyebab plak dan membuat mulut anda berasa segar dan bersih. Forever Bright Toothgel diperisakan dengan minyak pudina untuk memberikan rasa mulut yang bersih dan nafas yang menyegarkan. Menggabungkan tindakan penyembuhan dan antimikrob Aloe Vera serta propolis untuk penjagaan gigi. Memutihkan gigi tanpa menghauskan permukaan gigi. Tindakan anti-bakterianya boleh membantu meringankan jangkitan gusi. Boleh membantu meredakan simptom ulser mulut dan tidak mengandungi florida. Sesuai diamalkan oleh perokok untuk penjagaan mulut.

Harga:  RM 33.92 termasuk gst

************************************************************************

Syampu yang lembut dan pH-seimbang ini menggunakan Aloe Vera untuk meresap dengan lebih mendalam bagi membersihkan kotoran pada kulit kepala serta menanggalkan kulit mati, dengan itu menggalakkan pertumbuhan tisu-tisu sihat. Minyak jojoba menolong melincirkan rambut, menjadikannya lembut dan mudah diurus. Aloe Jojoba Shampoo adalah sesuai untuk semua jenis rambut.

Harga:  RM 65.72 termasuk gst

************************************************************************

Aloe Jojoba Conditioning Rinse

Direka khas untuk digunakan selepas menggunakan Aloe Jojoba Shampoo, ia adalah diperkayakan dengan Vitamin B dan protein. Ia melincirkan rambut dengan minyak jojoba, memperbaiki rambut rosak dengan protein gandum dan menyatukan hujung berbelah dengan dimetikon. Juga mengandungi agen perapi rambut berkation untuk membuang cas elektrostatik yang menyebabkan rambut kelihatan kering mengerbang.

Harga:  RM 65.72 termasuk gst

************************************************************************

Aloe Ever Shield Deodoren Stick

Berita baik kepada pengguna yang alah bahan kimia! Rumusan lembut yang menggunakan lidah buaya kepada memberikan perlindungan berkesan daripada bau pangkal lengan . ia tidak mengandungi garam aluminum antipeluh kasar yang boleh menyumbat liang-liang peluh

Harga:  RM 42.40 termasuk gst

************************************************************************

PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN FOREVER

Aloe Body Toning Kit

Kit ini adalah direka untuk digunakan di rumah bagi membantu melangsingkan, mencantikkan, mengetatkan dan membentuk semula badan anda dengan menggunakan ramuan-ramuan khas yang terdapat di dalam Aloe Body Toner dan Aloe Bath gelee

Harga:  RM 334.96 termasuk gst

************************************************************************

Aloe Body Toner

Direka untuk digunakan selepas membersihkan badan secara mendalam dengan Aloe Bath Gelee, ia memanas kulit secara beransur-ansur dan merangsangkannya untuk membebaskan bendalir terperangkap dan mengurangkan selulit. Boleh juga dipakai begitu sahaja atau dibalut. Pembalutan selama satu jam disarankan untuk memerangkap haba dan mempertingkatkan peredaran darah. Ia juga boleh mengetatkan otot-otot.

Harga:  RM 116.60 termasuk gst

****************************************************************************************

Clean 9 Program

Langkah pertama untuk memperolehi tubuh yang bersih adalah dengan mengawal pengambilan bahan pengawet dan bahan kimia lain yang berbahaya. Clean 9 adalah satu program 9 hari yang menyediakan anda dengan alat-alat perlu untuk membersihkan badan anda, menyingkirkan toksin-toksin terkumpul serta mengurangkan berat badan secara sihat dan dengan itu menggalakkan anda mengikuti satu gaya hidup yang lebih sihat dan bahagia.

3 x Aloe Vera Gel / Aloe Berry Nectar

1 x Forever Lite (Vanila)

Harga:  RM 651.90 termasuk gst

*****************************************************************************************

Lifestyle 30 Program

Lifestyle 30 adalah program susulan untuk Clean 9. Ia direka untuk membantu anda mencapai kehidupan yang bebas daripada diet dan berat badan yang sering turun naik serta amalan-amalan pemakanan yang tidak sihat. Program ini akan membantu anda mengamalkan satu gaya hidup yang membenarkan anda mencapai keseimbangan yang realistik untuk kehidupan yang sihat seumur hidup.

4 x Aloe Vera Gel/ Aloe Berry Nectar

3 x Forever Lite (Vanila)

1 x Forever Bee Pollen

1 x Forever Arctic-Sea

1 x Forever Absorbent-C

3 x Forever Lite (Vanila)

1 x Forever Bee Pollen

1 x Forever Arctic-Sea

1 x Forever Absorbent-C

Harga:  RM 1.14.60 termasuk gst

Harga Vitamin C Forever Living

Source: https://forever73.blogspot.com/2016/01/senarai-harga-produk-aloe-vera-forever.html

Posting Komentar

0 Komentar

banner